Berita Jenayah
Lelaki disyaki bunuh, bakar ibu kandung di Alor Setar

ALOR SETAR 3 Mac - Seorang lelaki dipercayai mengamuk sebelum membunuh ibunya yang ditemui dengan kesan terbakar di sebuah rumah di Jalan Tok Keling, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Setar menerima panggilan melalui talian MERS 999 berhubung kejadian itu, jam 7.48 pagi.
"Polis yang tiba di lokasi kejadian membuat tangkapan terhadap suspek yang dikatakan mengamuk sebagaimana dilaporkan.
"Pemeriksaan lanjut polis sejurus itu pula menemukan mayat wanita warga emas dalam keadaan terbakar di dalam rumah, dipercayai dibunuh," katanya dalam kenyataannya, hari ini.
Siti Nor Salawati berkata, siasatan awal berdasarkan temu bual dengan anak suspek yang berusia 14 tahun mendapati remaja itu terdengar pertengkaran antara bapanya (suspek) dengan neneknya (si mati) sekitar 7 hingga 7.30 pagi.
Beliau berkata, sebaik sahaja mendengar jeritan neneknya meminta tolong, remaja itu segera keluar dari bilik dan melarikan diri ke luar rumah untuk mendapatkan bantuan jiran.
"Beberapa jiran cuba melihat apa yang berlaku namun diancam oleh suspek, menyebabkan mereka terpaksa menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Sebaik polis tiba, lelaki itu berjaya ditahan di hadapan rumah dan pemeriksaan lanjut menemui ibu suspek, yang berusia 68 tahun, dalam keadaan terbakar," katanya.
Siti Nor Salawati berkata, hasil semakan mendapati suspek yang berusia 43 tahun adalah pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental.
Beliau berkata, mayat wanita warga emas itu kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis masih lagi menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian," katanya.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am