Berita Jenayah
Polis buru tiga suspek rompakan bersenjata di pasar raya di Nilai

SEREMBAN 4 Mac - Polis sedang giat mengesan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, semalam.
Ketua Polis Nilai, Abdul Malik Hasim, berkata dua daripada suspek memasuki premis, manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta.
Menurut beliau, pihak polis menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita yang melaporkan kejadian rompakan berkumpulan dipercayai melibatkan penggunaan senjata api di dalam pasar raya tersebut.
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 8.36 malam dan seorang daripada suspek disyaki bersenjata semasa kejadian," katanya.
Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti identiti suspek dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am