Berita Jenayah
Rasuah pendaftaran kelahiran, SPRM tahan 16 inidividu termasuk 'Datuk Seri'

PUTRAJAYA 12 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 16 individu kerana disyaki terlibat dalam rasuah berkaitan pendaftaran lewat kelahiran yang bertaraf bukan warganegara kepada warganegara, serta pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata penahanan ini dilakukan susulan daripada dua operasi besar, iaitu Op Outlander dan Op Birth, yang dilancarkan semalam.
Operasi tersebut melibatkan serbuan ke beberapa premis, termasuk klinik dan firma guaman, di sekitar Lembah Klang dan Johor.
Menurut Ahmad Khusairi, dalam Op Outlander, suspek utama merupakan penjawat awam yang disyaki terlibat dalam memproses permohonan pendaftaran lewat kelahiran (melebihi 60 hari selepas kelahiran).
Beliau berkata, kegiatan ini dipercayai turut melibatkan seorang pengamal perubatan bergelar Datuk Seri yang memiliki beberapa klinik dan pusat bersalin, yang dikatakan mengeluarkan dokumen pengesahan kelahiran palsu.
Dalam Op Birth, tiga suspek utama disyaki bertindak sebagai ejen yang menawarkan dan memberikan rasuah sekitar RM18,000 kepada seorang penjawat awam untuk membantu dalam pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen palsu, termasuk surat pengesahan kelahiran hospital.
Selain itu, enam orang awam yang disyaki menggunakan khidmat ejen tersebut turut ditahan kerana menjadi pemohon pendaftaran kelahiran.
Seorang pengamal undang-undang turut ditahan, disyaki berperanan sebagai orang tengah antara ejen dan pemohon.
Kesemua 16 suspek yang berusia antara 20 hingga 70-an itu ditahan antara pukul 11 pagi hingga 8 malam semalam, dan mereka dibawa ke Ibu Pejabat SPRM serta SPRM Selangor untuk membantu siasatan.
Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor esok untuk permohonan reman.
Dua suspek, termasuk pengamal perubatan bergelar Datuk Seri yang mempunyai masalah kesihatan, dibebaskan dengan jaminan SPRM setelah percakapan mereka dirakam.
Serbuan ini dilakukan berdasarkan maklumat risikan yang dijalankan selama setahun, serta kerjasama antara SPRM dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Ahmad Khusairi menegaskan, penangkapan ini menunjukkan komitmen SPRM dalam memerangi rasuah, terutama yang melibatkan perkhidmatan awam, demi menjaga keselamatan negara.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 17(a) dan 17(b) Akta SPRM 2009.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am