Berita Jenayah
13 Warga Nepal ditahan, cuba cetus rusuhan di Teluk Intan

TELUK INTAN 15 Mac - Seramai 13 warga Nepal yang bekerja di sebuah kilang ditahan polis selepas disyaki cuba mencetuskan rusuhan di Changkat Jong, Teluk Intan, malam semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Bakri Zainal Abidin, berkata kejadian itu berpunca daripada insiden langgar lari yang mengorbankan seorang pejalan kaki warga Nepal di Batu 8, Jalan Changkat Jong, sekitar jam 9.35 malam.
“Siasatan mendapati kira-kira 1,000 pekerja kilang turun ke lokasi kejadian dan menghalang aliran trafik. Pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Teluk Intan segera digerakkan untuk mengawal keadaan dan menenangkan situasi,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, keadaan kembali pulih sepenuhnya pada jam 2 pagi selepas semua pekerja kembali ke asrama mereka.
Kesemua individu yang ditahan kini disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, manakala kes kemalangan maut itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inpektor Mohammad Syamil, di talian 011-10065817 bagi membantu siasatan.
Terdahulu, tular di media sosial rakaman video yang menunjukkan sekumpulan warga asing berkumpul dan bertindak merusuh di jalan raya sehingga menghalang pergerakan kenderaan. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am