Berita Jenayah
PGA rampas 1,040 anak pokok di pangkalan haram Rantau Panjang

KUALA LUMPUR 16 Mac - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya merampas 1,040 anak pokok pelbagai jenis yang dikesan di pangkalan haram Salleh, Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang, Kelantan.
Operasi yang dijalankan oleh pasukan Batalion 9 pada jam 10.15 malam, Jumaat lalu, itu berjaya menahan sebuah lori yang berada dalam keadaan mencurigakan ketika pelaksanaan Op Taring Wawasan.
“Hasil pemeriksaan mendapati lori tersebut membawa 1,040 anak pokok pelbagai jenis yang dipercayai dibawa masuk ke Malaysia melalui pangkalan haram.
“Pemandunya, seorang lelaki berusia 53 tahun, dipercayai bertindak sebagai penghantar tanaman tersebut ke pasaran tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM104,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167).
Suspek bersama barang rampasan telah diserahkan kepada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Kelantan untuk tindakan lanjut. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am