Berita Jenayah
Pesara rugi RM2 juta ditipu pelaburan saham palsu di TikTok

KUALA LUMPUR 17 Mac - Seorang pesara swasta berusia 61 tahun mengalami kerugian sebanyak RM2 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan saham kripto melalui platform media sosial TikTok.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor menerima laporan polis berhubung kes tersebut, dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.
Siasatan awal mendapati mangsa tertarik dengan tawaran pelaburan saham kripto Silegx Exchange pada hujung November 2024 dan dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp yang dikendalikan oleh individu bernama Richard Ong. Mangsa kemudian diarahkan membuat 30 transaksi pembayaran ke 15 akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM2 juta.
Mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila diminta membuat pelbagai bayaran tambahan untuk mengeluarkan keuntungan yang dijanjikan.
Menurut polis, modus operandi sindiket ini adalah dengan memperdaya mangsa melalui iklan pelaburan di TikTok yang menawarkan pulangan tidak munasabah.
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap tawaran pelaburan dalam talian, terutama yang tidak mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Mereka yang menerima panggilan mencurigakan atau ingin membuat semakan boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am