Berita Jenayah
Polis ambil keterangan enam Individu kes samun hub kurier di Meru

KLANG 17 Mac – Polis mengambil keterangan daripada enam individu bagi membantu siasatan kes samun berjumlah RM46,000 di hab pengumpulan barangan sebuah syarikat kurier di Meru.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, berkata semua individu yang dirakam keterangannya merupakan kakitangan hab tersebut, berusia antara 21 hingga 30 tahun.
"Setakat ini, usaha mengesan suspek masih giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan tiga penjenayah bertopeng dan bersenjatakan parang bertindak nekad menyamun wang tunai sebanyak RM46,000 di premis tersebut pada Jumaat lalu.
Kejadian yang berlaku pada pukul 12.36 tengah hari itu menyaksikan kesemua suspek menaiki sebuah Perodua Bezza dengan nombor plat palsu sebelum melakukan samun ketika pekerja sedang mengira wang.
Pihak polis kini sedang memburu suspek bagi memastikan mereka dibawa ke muka pengadilan.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am