Berita Jenayah
Polis kenal pasti wanita tunjuk isyarat lucah di Jalan Batu Kawa

KUCHING 19 Mac - Polis telah mengenal pasti seorang wanita yang tular di media sosial selepas menunjukkan isyarat lucah di Jalan Batu Kawa, Kuching, pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 18 tahun pada jam 5.50 petang semalam.
Menurut beliau, kejadian berlaku ketika pengadu sedang memandu di Jalan Batu Kawa, sebelum seorang pemandu wanita bertindak menunjukkan isyarat jari tengah kepadanya.
“Insiden ini telah menjadi tular di laman sosial dan pemandu wanita terbabit telah dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Polis turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa memandu secara berhemah dan mengelakkan sebarang tindakan provokasi di jalan raya. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am