Berita Jenayah
Pemandu lori ditahan memandu lawan arus di Kajang

KUALA LUMPUR 21 Mac - Polis menahan seorang pemandu lori yang dirakam memandu secara melawan arus di Jalan Persiaran Mahkota Residence, Kajang, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata lelaki berusia 60 tahun itu ditahan oleh pasukan Unit Risikan dan Operasi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kajang pada jam 10 malam tadi.
"Hasil semakan rakaman video yang tular mendapati pemandu lori jenis tipper itu memandu melawan arus di Jalan Persiaran Mahkota Residence, sekali gus menghalang laluan kenderaan dari Jalan Mahkota Residence 1 untuk masuk ke jalan berkenaan.
"Pemandu lori tersebut ditahan atas kesalahan memandu secara berbahaya dan melulu. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Naazron menjelaskan bahawa jika sabit kesalahan, pemandu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM15,000.
Sebelum ini, tular rakaman video dari kamera papan pemuka (dash cam) yang menunjukkan sebuah lori tipper berada di laluan yang salah dan menghalang laluan sebuah kereta. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am