Berita Jenayah
Polis gempur premis simpan mercun haram bernilai RM1.2 juta di Jeram

KUALA SELANGOR 21 Mac - Sebuah premis yang menyimpan mercun dan bunga api secara haram dengan nilai rampasan dianggarkan RM1.2 juta digempur polis dalam serbuan Op Taring Landai di Kampung Bukit Kuching, Jeram, semalam.
Serbuan yang dijalankan kira-kira jam 10 pagi itu dilakukan oleh Unit Risik Marin Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang hasil maklumat risikan mengenai kegiatan penyimpanan bahan letupan tersebut.
Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari, berkata pemeriksaan di premis berkenaan menemukan 90 jenis mercun dan bunga api bernilai RM1.2 juta termasuk cukai.
"Seorang lelaki turut ditahan dalam operasi itu selepas gagal mengemukakan dokumen sah bagi kesemua bahan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Suspek bersama barang rampasan telah dibawa ke PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut, manakala siasatan kes diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, yang memperuntukkan hukuman berat bagi penyimpanan bahan letupan tanpa kebenaran sah. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am