Berita Jenayah
Polis giat kesan tujuh individu bantu siasatan kes jenayah di Tanah Merah

TANAH MERAH: Polis sedang giat mengesan tujuh individu bagi membantu siasatan berkaitan kes jenayah kekerasan dan jenayah harta benda di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Supt Mohd Haki Hasbullah, berkata empat daripada mereka berasal dari Kampung Felda Kemahang 3, iaitu Norahamdasukiran Mat Nawi, Muhd Zulhimi Zahari atau dikenali sebagai Pujo, Azuan Mat Ali yang lebih dikenali sebagai Duan Pok Mi, dan Mohamad Rudie Fikri Zakaria atau Mek Yu Pok Ya. Dua lagi individu berasal dari Kampung Paku, Gual Ipoh, iaitu Mohd Zahari Mohd Rofi dan Mohmad Zamri Mohd Rofi, manakala seorang lagi individu berasal dari Kampung Lalang Pepuyu.
Menurut Mohd Haki, kesemua mereka berusia antara 33 hingga 39 tahun dan sedang dikesan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 379 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu-individu ini diminta menghubungi Insp Chek Azri Che Ismail di talian 017-6970665 atau Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tanah Merah. Selain itu, mereka juga boleh menghubungi hotline IPD Tanah Merah di talian 09-9558429 atau 09-955622, serta mana-mana balai polis berdekatan.
Kesemua individu terbabit diminta tampil segera memberi keterangan kepada pihak polis. Kerjasama masyarakat amat diperlukan dalam menyalurkan sebarang maklumat bagi membantu siasatan. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am