Berita Jenayah
Dijanjikan bonus lumayan, remaja 19 tahun rugi RM60,000 kena tipu sindiket pekerjaan

TANGKAK 25 Mac – Seorang gadis berusia 19 tahun mengalami kerugian lebih RM60,000 selepas diperdaya oleh sindiket penipuan yang menawarkan pekerjaan sambilan tidak wujud.
Mangsa dikatakan terjebak dengan sindiket berkenaan selepas berhubung dengan individu yang menyamar sebagai ejen pencari kerja sambilan melalui media sosial.
Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib, pekerjaan yang ditawarkan kononnya melibatkan pengesahan produk yang diiklankan di media sosial.
“Mangsa diminta untuk memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun yang diberikan oleh suspek sebagai syarat untuk menyertai tugasan tersebut. Dia turut dijanjikan komisen serta bonus lumayan,” katanya dalam satu kenyataan.
Kerana terlalu percaya dengan tawaran tersebut, mangsa telah melakukan sembilan transaksi kewangan ke dalam lapan akaun bank berbeza antara 18 Januari hingga 5 Mac lalu, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM61,321.
Bagaimanapun, selepas melakukan pembayaran, mangsa tidak menerima sebarang komisen atau bonus seperti yang dijanjikan sebelum akhirnya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak pada Ahad lalu.
Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan.
Roslan menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada terhadap tawaran kerja sambilan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat, terutama jika memerlukan bayaran pendahuluan atau pemindahan wang.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am