Berita Berita
Doktor pakar hospital kerajaan maut kemalangan di LPT2 ketika dalam perjalanan pulang beraya

HULU TERENGGANU, 28 Mac – Perjalanan pulang beraya sebuah keluarga berakhir dengan tragedi apabila seorang ibu maut, manakala suami dan tiga anaknya cedera dalam kemalangan di Kilometer 416.6, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Ajil, pagi tadi.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 4.50 pagi itu, mangsa, Noor Shirlyna Irma Ngah, 42, yang merupakan seorang Pakar Oftalmologi di Hospital Shah Alam, Selangor, maut akibat kecederaan parah di kepala.
Suaminya, Abdul Manaf Abdullah, 42, yang juga seorang pensyarah kanan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan tangan kanan.
Tiga anak pasangan tersebut iaitu Aqeef Hakimi, 6, Muhammad Na’im Al Faiz, 15, dan Muhammad Iman Huzaifah, 17, turut cedera dalam kemalangan tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab, kejadian berlaku ketika keluarga tersebut dalam perjalanan pulang untuk beraya di kampung halaman mereka di Kampung Salor, Kota Bharu, Kelantan.
"Sewaktu tiba di lokasi kejadian, kenderaan Nissan Serena yang dinaiki keluarga tersebut dilaporkan hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah lori yang membawa muatan telur ayam," jelas Sharudin kepada Kosmo Online.
Impak perlanggaran itu menyebabkan kenderaan tersebut berpusing di lebuh raya.
Pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian kemudian mengesahkan bahawa Noor Shirlyna Irma meninggal dunia di lokasi kejadian.
Berita berkaitan
May 9, 2025, 3:19 pm
Kadar pengangguran turun kepada 3.1% pada Mac 2025, pasaran buruh terus stabil
May 9, 2025, 3:15 pm
Lelaki maut kemalangan motosikal lepas hantar isteri ke tempat kerja
May 9, 2025, 1:24 pm
Pindah pekerja asing merentasi sektor hanya libatkan sektor formal - Steven Sim
May 9, 2025, 1:05 pm
Warga emas dirempuh SUV dalam restoran KFC disahkan meninggal dunia
May 9, 2025, 12:58 pm
CAP desak pengharaman vape di semua negeri demi lindungi pelajar
May 9, 2025, 12:31 pm
Rakyat Malaysia terkandas di Pakistan harap dapat pulang Isnin depan
May 9, 2025, 12:24 pm
Henti banding keputusan SPM, elak ‘membazirkan potensi’ pelajar SBP - Dr Anuar
May 9, 2025, 12:20 pm
16 buruh paksa termasuk remaja 14 tahun diselamatkan dalam serbuan sekitar Lembah Klang
May 9, 2025, 11:30 am
Pengasuh didakwa dera bayi 5 bulan di taska kuaters Hospital Kluang
May 9, 2025, 10:35 am