Berita Jenayah
Polis siasat akaun Facebook ‘Muhamad Harun’ susulan hantaran fitnah

BERA 3 April - Polis telah membuka kertas siasatan terhadap pemilik akaun Facebook bernama ‘Muhamad Harun’ berikutan satu hantaran yang didakwa berunsur fitnah terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir, memaklumkan bahawa siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menurut beliau, hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Bera Unite pada 29 Mac lalu mendakwa bahawa anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) tidak mengambil tindakan terhadap dua individu berbangsa Cina yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.
Sebaliknya, menurut dakwaan tersebut, polis hanya menahan dua penunggang berbangsa Melayu sehingga mereka terpaksa menolak motosikal ke balai polis. Hantaran itu turut mempersoalkan sama ada undang-undang hanya dikenakan ke atas masyarakat Melayu dan mendakwa kejadian serupa sering berlaku di Triang.
Zulkiflee menegaskan bahawa kenyataan tersebut boleh menjejaskan imej PDRM, khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pemilik akaun ‘Muhamad Harun’ diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhamad Zulhilmi Ishak, di talian 014-2250306 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Pada 30 Mac lalu, polis juga telah menggesa individu terbabit untuk hadir ke IPD Bera atau balai polis terdekat bagi membantu siasatan. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am