Berita Jenayah
Polis siasat CEO syarikat pelaburan antarabangsa guna gelaran Datuk Seri palsu

KUALA LUMPUR 4 April - Seorang lelaki yang didakwa sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat pelaburan antarabangsa sedang disiasat selepas dikesan menggunakan Darjah Kebesaran Sultan Selangor palsu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata siasatan dimulakan susulan laporan polis yang diterima di daerah Shah Alam berkaitan penipuan gelaran Datuk Seri yang tidak sah.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati pemilik akaun Facebook berkenaan secara terbuka menggunakan gelaran tersebut dan mendakwa ia dikurniakan oleh Sultan Selangor.
“Pengesahan telah dibuat dan mendapati individu tersebut tidak pernah menerima darjah kebesaran berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, polis meminta individu terbabit tampil memberikan kerjasama bagi membantu siasatan.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu serta Seksyen 3(1) Akta Kesalahan yang Berhubung dengan Anugerah 2017.
Siasatan juga mendapati pemilik akaun Facebook tersebut mendakwa menerima anugerah itu pada tahun ini, namun tiada rekod sah mengenainya. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am