Berita Politik
Amanah siap sedia bantu calon Kerajaan Perpaduan menang di PRK Ayer Kuning

KUALA LUMPUR 8 April - Parti Amanah Negara (Amanah) menyatakan kesediaan penuh jenteranya untuk membantu kemenangan calon Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang bakal berlangsung pada 26 April ini.
Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berkata, jentera parti dari seluruh negeri termasuk luar Perak akan digerakkan secara besar-besaran ke kawasan Ayer Kuning bagi memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN).
“Walaupun Amanah pernah bertanding di kawasan ini pada pilihan raya lalu, kali ini kami memilih untuk berdiri teguh bersama rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan. Ini adalah isyarat jelas mengenai kesepakatan politik demi kestabilan negeri dan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi mengukuhkan gerak kerja kempen, Amanah telah melantik Naib Presidennya, Datuk Dr. Hatta Ramli sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk PRK manakala Mohd Sany yang juga Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional dilantik sebagai Timbalan Pengarah Induk.
Menurut Mohd Sany, keyakinan rakyat terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan akan terus meningkat hasil kerjasama erat antara parti-parti komponen yang berganding bahu demi memastikan kestabilan dan kesejahteraan negara.
Semalam, BN mengumumkan Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Dr. Mohamad Yusri Bakir sebagai calon mewakili parti itu dalam PRK berkenaan. Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN bagi PRK DUN Ayer Kuning.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 lalu, BN memenangi kerusi DUN Ayer Kuning menerusi calonnya, Ishsam Shahruddin yang memperoleh 9,088 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan (6,875 undi), Perikatan Nasional (6,812), Parti Pejuang Tanahair (105) dan Parti Sosialis Malaysia (586), dengan majoriti 2,213 undi. - Media Telus
Berita berkaitan
July 31, 2025, 9:24 pm
Pelantikan Pengerusi MPN Pulau Pinang isyarat KEADILAN mantapkan strategi hadapi PRU16
July 30, 2025, 1:39 pm
Pas nafi spekulasi pertukaran jawatan presiden, Abdul Hadi kekal jawatan tertinggi parti
July 30, 2025, 9:32 am
'DAP patut minta maaf, jangan salahkan rakyat tuntut janji' - MCA
July 29, 2025, 6:47 pm
BN–PH ‘dikunci’ hadapi PRN Sabah – Zahid
July 27, 2025, 1:20 pm
Himpunan 'Turun Anwar' gagal, pembangkang main gimik politik lapuk - AMK Klang
July 18, 2025, 10:40 am
Amanah dalam kepimpinan bukan medan mencari pengaruh – Abdul Hadi
July 14, 2025, 12:29 pm