Berita Jenayah
Tujuh pelanggan ditahan terlibat pergaduhan di restoran di Tawau

TAWAU 8 April - Tujuh individu ditahan selepas dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan membabitkan dua kumpulan pelanggan di sebuah restoran di Jalan Haji Karim, awal pagi Ahad.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Piuh berkata, kesemua individu berusia antara 20 hingga 49 tahun itu ditahan susulan laporan yang dibuat oleh pemilik restoran berkenaan selepas beberapa peralatan di premisnya rosak akibat insiden tersebut.
“Pergaduhan yang berlaku sekitar jam 5.45 pagi itu dimaklumkan oleh pekerja restoran kepada pemiliknya, yang kemudian tampil membuat laporan polis.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Tawau telah melancarkan operasi dan berjaya menahan tujuh suspek daripada kedua-dua kumpulan,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Menurut Champin, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada keadaan mabuk dan salah faham antara kedua-dua pihak.
Tambah beliau, tiga daripada tujuh suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kes berkaitan dadah.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 Kanun yang sama atas kesalahan melakukan khianat hingga menyebabkan kerugian. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am