Berita Politik
Rafizi, Amirudin kekal Ketua Cabang PKR di kawasan masing-masing

KUALA LUMPUR 13 April - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Naib Presiden, Datuk Seri Amirudin Shari masing-masing berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Ketua Cabang di kawasan yang mereka wakili dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025.
Rafizi, yang juga Menteri Ekonomi, mempertahankan kerusi Ketua Cabang Pandan untuk penggal ketiga selepas mengalahkan pencabarnya, Shahrom Musa, dengan majoriti besar. Berdasarkan keputusan rasmi yang dipaparkan di laman sesawang Pemilihan PKR 2025, Rafizi memperoleh 883 undi, manakala Shahrom sekadar meraih 444 undi.
Kemenangan itu mengekalkan Rafizi sebagai Ketua Cabang Pandan sejak penggal pertama beliau pada tahun 2018.
Sementara itu, tuah turut menyebelahi Amirudin apabila beliau menang tanpa bertanding dan kekal menerajui Cabang Gombak untuk penggal kedua berturut-turut.
Amirudin, yang juga Menteri Besar Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, mula memegang jawatan tersebut sejak sesi pemilihan 2022.
Setakat hari ini, keputusan rasmi pemilihan cabang melibatkan tiga negeri telah diumumkan, iaitu Selangor, Perlis dan Melaka, manakala Kedah telah menyelesaikan proses pengundian semalam.
Tiga negeri lain, iaitu Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak, pula sedang menjalani proses pengundian hari ini sebagai sebahagian daripada fasa seterusnya dalam pemilihan parti. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 9:56 am
BERSATU sedia bekerjasama dengan UMNO demi perjuangan asal - Hamzah
April 30, 2025, 3:58 pm
MCA perlu nilai diri sendiri, bukan salahkan BN - Puad
April 29, 2025, 12:29 pm
MCA digesa keluar Kerajaan Perpaduan, pertimbang sertai Bersatu
April 26, 2025, 10:49 pm
Kemenangan BN di Ayer Kuning tanda sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 20, 2025, 10:38 am
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am