Berita Politik
Aminuddin Harun kekal Ketua Cabang PKR Port Dickson

SEREMBAN 14 April – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Port Dickson dalam Pemilihan PKR 2025 yang berlangsung semalam.
Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR meraih kemenangan bagi penggal kedua setelah menewaskan pencabarnya, Datuk M Ravi, bekas Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) serta bekas Timbalan Speaker Negeri Sembilan. Beliau memperoleh sebanyak 2,147 undi, manakala Ravi menerima 1,098 undi.
Menurut data rasmi, seramai 3,974 ahli cabang layak mengundi dalam pemilihan kali ini. Pada pemilihan terdahulu, Aminuddin menang dengan 1,129 undi berbanding 951 undi yang diterima oleh Ravi.
Ravi, yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, telah memegang jawatan dalam parti sejak tahun 1999, menjadikan persaingan kali ini sebagai satu pertandingan yang signifikan dalam konteks dalaman PKR Negeri Sembilan.
Sementara itu, ADUN Seri Tanjung, G Rajasekaran turut mencatat kemenangan besar bagi jawatan Naib Ketua Cabang Port Dickson apabila memperoleh 2,412 undi. Beliau menewaskan pencabarnya, Mohd Ibrahim Khan Amanulla Khan yang hanya meraih 180 undi. - Media Telus
Berita berkaitan
July 31, 2025, 9:24 pm
Pelantikan Pengerusi MPN Pulau Pinang isyarat KEADILAN mantapkan strategi hadapi PRU16
July 30, 2025, 1:39 pm
Pas nafi spekulasi pertukaran jawatan presiden, Abdul Hadi kekal jawatan tertinggi parti
July 30, 2025, 9:32 am
'DAP patut minta maaf, jangan salahkan rakyat tuntut janji' - MCA
July 29, 2025, 6:47 pm
BN–PH ‘dikunci’ hadapi PRN Sabah – Zahid
July 27, 2025, 1:20 pm
Himpunan 'Turun Anwar' gagal, pembangkang main gimik politik lapuk - AMK Klang
July 18, 2025, 10:40 am
Amanah dalam kepimpinan bukan medan mencari pengaruh – Abdul Hadi
July 14, 2025, 12:29 pm