Berita Jenayah
Remaja ditahan jual gambar lucah deepfake libatkan pelajar sekolah di Kulai

JOHOR BAHRU 15 April - Polis Johor menerima sebanyak 29 laporan polis berkaitan kes seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang disyaki menyunting dan menjual gambar berunsur lucah palsu membabitkan pelajar dan bekas pelajar sebuah sekolah menengah di Kulai.
Dalam kenyataan rasmi, Polis Johor memaklumkan bahawa siasatan masih diteruskan memandangkan jumlah laporan yang tinggi dan pertuduhan terhadap suspek masih belum dilakukan.
“Tahanan reman ke atas suspek akan berakhir esok, dan tiada makluman lanjut mengenai pendakwaan setakat ini,” menurut kenyataan itu.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar sebelum ini mengesahkan penahanan suspek yang didakwa menggunakan teknologi deepfake untuk menyunting wajah mangsa dalam gambar tidak senonoh sebelum mengedarkannya di media sosial untuk dijual.
Kira-kira 40 individu telah menjadi mangsa, termasuk pelajar perempuan sekolah yang terlibat. Kes terbongkar selepas seorang alumni sekolah berkenaan membuat aduan kepada Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, disusuli laporan daripada keluarga mangsa lain.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin, menegaskan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan memantau dengan lebih ketat penggunaan teknologi AI di sekolah agar tidak disalahgunakan oleh pelajar.
“Ini adalah sisi gelap kecerdasan buatan (AI) yang sangat membimbangkan. JPNJ melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah akan pantau isu ini dengan serius supaya tidak berulang,” katanya pada Majlis Jamuan Aidilfitri Kelab Media Johor malam tadi.
Beliau turut menasihatkan ibu bapa agar lebih aktif memantau penggunaan telefon pintar anak-anak di luar waktu sekolah. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am