TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Saiful Apek kecewa tak dapat sambut Yassin sebelum Aidilfitri

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 17 April - Pelawak Saiful Apek meluahkan rasa kecewa apabila hasrat menyambut kepulangan sahabat baiknya, Yassin Yahya, sebelum Aidilfitri tidak kesampaian.

Menurut Apek, kepulangan Yassin tertangguh disebabkan beberapa kekangan termasuk isu visa dan prosedur pemindahan depoh, memandangkan Yassin masih ditahan di Arab Saudi.

"Sepatutnya dia balik sebelum raya, tapi banyak prosedur yang perlu dilalui. Insya-Allah, dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui pada tayangan perdana filem 6 Jilake semalam.

Apek berkata dia tidak sabar untuk bertemu Yassin dan mendengar penjelasan sebenar, selain mahu menghentikan spekulasi yang timbul.

"Saya yakin dia di pihak yang benar. Kalau betul ada kesalahan, undang-undang di sana sangat tegas. Jadi bila dia dibebaskan, mungkin ada salah faham," jelasnya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pelawak ditahan di Jeddah sejak Oktober lalu atas kesalahan memiliki ganja dan sedang menjalani hukuman penjara enam bulan. - Media Telus

+ - reset