Berita Berita
12,110 kes penipuan dalam Talian direkodkan, kerugian RM573.7 juta
KUALA LUMPUR 18 April - Sebanyak 12,110 kes penipuan dalam talian dilaporkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini sehingga Mac, melibatkan kerugian mencecah RM573.7 juta. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 13 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Menurut Pemangku Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa, peningkatan kes ini berkait rapat dengan penggunaan platform digital yang semakin meluas, terutama menjelang musim perayaan. Jenayah melibatkan e-dagang mencatatkan peningkatan tertinggi dalam tempoh ini.
Beliau turut memaklumkan bahawa perkembangan teknologi seperti laman web tiruan, identiti palsu, chatbot, dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) termasuk teknologi 'deepfake' telah dimanipulasi penjenayah untuk memperdaya mangsa.
Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada dan menyemak latar belakang mana-mana individu atau entiti sebelum membuat transaksi dalam talian. PDRM juga menggalakkan orang awam menggunakan portal rasmi seperti SemakMule untuk mendapatkan maklumat sahih dan mengelak menjadi mangsa penipuan. - Media Telus
Berita berkaitan
December 16, 2025, 4:46 pm
Jurukimpal dipenjara tiga tahun kendali wang kumpulan Daesh
December 16, 2025, 4:24 pm
Anak-anak SM Mohamed Idris bantah penglibatan Anwar dalam pelancaran buku
December 16, 2025, 4:17 pm
KKM haramkan vape 2026
December 16, 2025, 4:05 pm
Rombakan kabinet, PM umum beberapa Menteri baharu
December 16, 2025, 2:55 pm
FAM nafi semua Exco diminta letak jawatan
December 16, 2025, 2:37 pm
Malas, ibu bapa kurang pantau, 3,000 pelajar di Melaka ponteng sekolah setiap hari
December 16, 2025, 2:09 pm
PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag pada 24 Januari 2026 - SPR
December 16, 2025, 1:19 pm
