Berita Jenayah
Penjenayah tegar ditangkap curi lapan tong gas di Unimas

KOTA SAMARAHAN 21 April - Seorang lelaki yang disyaki penjenayah tegar ditahan polis selepas mencuri lapan tong gas memasak dari sebuah premis makanan di kawasan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintendan Damataries Lautin berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditangkap di sebuah rumah di Taman Uni Vista, berhampiran Lebuhraya Kuching-Samarahan, kira-kira jam 11.30 pagi.
“Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Kota Samarahan dan permohonan reman akan dibuat hari ini bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Damataries, suspek yang merupakan penganggur dan penagih dadah turut mempunyai 12 rekod jenayah lampau.
Hasil soal siasat mendapati suspek mengaku memecah masuk premis berkenaan bersama seorang rakan pada jam 11 malam, 3 April lalu. Mereka mencuri lapan tong gas dan memasukkannya ke dalam bonet belakang kereta Nissan Grand Livina milik suspek.
“Suspek kemudian menyembunyikan tong gas tersebut di kawasan semak berhampiran rumahnya sebelum mencari pembeli.
“Beberapa hari kemudian, dia menjual tong gas itu di sebuah kedai di Bandar Baru Kota Samarahan dan memperoleh RM600. Daripada jumlah itu, dia memberikan RM150 kepada rakannya,” jelas beliau.
Pihak polis kini sedang giat mengesan rakan sejenayah suspek yang masih bebas. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am