Berita Jenayah
Guru swasta ditahan, didakwa ganggu seksual dua pelajar

ALOR SETAR 22 April - Seorang guru di sebuah sekolah swasta di daerah ini telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual melibatkan dua individu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, berkata pihak polis menerima dua laporan daripada mangsa yang masing-masing berusia 15 dan 25 tahun.
“Laporan pertama diterima pada 18 April daripada seorang bekas pelajar yang mendakwa pernah diganggu secara seksual oleh suspek melalui pesanan berunsur lucah, termasuk ajakan untuk melakukan hubungan seks.
“Mangsa tampil membuat laporan selepas mengetahui suspek juga dipercayai melakukan perbuatan sama terhadap pelajar lain,” katanya dalam kenyataan malam Isnin.
Suspek berusia 34 tahun itu ditahan pada Sabtu jam 4.45 petang di Alor Setar.
Siti Nor Salawati turut memaklumkan bahawa laporan kedua diterima pada 19 April, di mana seorang lagi mangsa mendakwa turut menerima mesej berunsur lucah daripada suspek yang sama.
“Selain menghantar mesej lucah, suspek juga dikatakan meminta gambar bogel dan mengajak mangsa melakukan hubungan seks,” tambah beliau.
Menurutnya, kedua-dua mangsa membuat laporan polis kerana bimbang terhadap keselamatan diri dan khuatir perkara sama akan menimpa pelajar lain.
Suspek kini direman sehingga 23 April untuk siasatan lanjut.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(a)/11 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya bagi kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang. Bagi kesalahan melibatkan kanak-kanak pula, hukuman boleh mencecah penjara 10 tahun atau denda maksimum RM20,000, atau kedua-duanya sekali.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi mengenai kes ini bagi mengelakkan kegusaran awam. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am