Berita Jenayah
Pasangan ditahan disyaki pecah kedai, surau di Kluang

KLUANG 25 April - Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita tempatan awal pagi tadi kerana dipercayai terlibat dalam beberapa kes pecah kedai dan surau di sekitar daerah Kluang.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kedua-dua suspek berusia 21 dan 22 tahun itu ditahan di Ladang Sungai Kluang, Jalan Padang Tambak kira-kira jam 1 pagi oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.
Hasil semakan mendapati lelaki terbabit mempunyai enam rekod jenayah dan tiga rekod berkaitan dadah, manakala wanita itu pula mempunyai dua rekod dadah. Saringan air kencing terhadap kedua-duanya turut mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.
Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 1 Mei bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Menurut Bahrin, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti penglibatan mereka dalam kes-kes lain di daerah ini. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau terus menghubungi IPD Kluang di talian 07-7784222, 07-7784256 (direct line), 07-7766822 (hotline) atau 014-3656822 (tablet DCC). - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am