TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Politik

“Demi kuasa, manusia berubah” – Ketua Pemuda UMNO sindir Muhyiddin

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 5 Mei – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh menyindir kenyataan terbaharu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat berbeza dengan pendirian lamanya mengenai identiti Melayu.

Dalam satu kenyataan ringkas di media sosial, Muhammad Akmal membayangkan perubahan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mungkin didorong oleh kepentingan politik.

“Benarlah kata orang, demi kuasa manusia berubah. Moga Allah pelihara perjuangan yang ikhlas demi agama, bangsa dan tanah air ini, serta lindungi kita daripada mereka yang mempergunakan agama dan bangsa demi kepentingan diri sendiri,” ujarnya.

Kenyataan itu merujuk ucapan Muhyiddin dalam Festival Perpaduan India anjuran Parti Rakyat India Malaysia baru-baru ini, di mana beliau berkata, “Saya pernah kata saya Melayu terlebih dahulu. Itu tak penting lagi, saya seorang Melayu yang prihatin dengan semua rakyat Malaysia.”

Muhyiddin turut menjelaskan bahawa walaupun beliau seorang Melayu, pemikirannya tidak terbatas kepada kaum itu sahaja.

Bagaimanapun, Muhammad Akmal tetap mempertahankan pendiriannya.

“Saya tetap Melayu dahulu sebelum Malaysia, kerana itu bangsa saya – yang tidak boleh diubah, dulu, kini dan Insya-Allah selamanya,” katanya tegas. - Media Telus

+ - reset