TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Politik

Anwar sahkan Rafizi hadir mesyuarat MPP PKR, nafi spekulasi cuti panjang

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 5 Mei - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kehadiran Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu yang berlangsung di Putrajaya pada Ahad lalu.

Menurut Anwar, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi, hadir untuk bersama-sama membincangkan isu semasa termasuk keputusan pemilihan PKR yang telah diadakan baru-baru ini.

“Semalam (Ahad), Rafizi hadir. Kita bincang mengenai keputusan Pemilihan PKR, baik... Alhamdulillah,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas program Temu Anwar Universiti Swasta di Dewan Canselor, Management and Science University (MSU), di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian sebagai respons kepada pertanyaan media berhubung dakwaan tular bahawa Ahli Parlimen Pandan itu sedang bercuti untuk tempoh panjang.

Semalam, tular di media sosial gambar Rafizi mengenakan kemeja berkotak hitam putih duduk di sebelah Anwar dalam satu mesyuarat tertutup, dipercayai dimuat naik menerusi Instagram Story ahli MPP PKR, Datuk Hans Isaac.

Gambar tersebut sekali gus menepis spekulasi mengenai ketidakhadiran Rafizi dalam urusan parti kebelakangan ini. - Media Telus

+ - reset