Berita Berita
Malaysia mulakan rundingan tarif timbal balik dengan AS, sasar penghapusan sepenuhnya

KUALA LUMPUR 6 Mei - Malaysia bakal memulakan rundingan rasmi tarif timbal balik dengan Amerika Syarikat (AS) bermula esok, dengan matlamat utama untuk memastikan perdagangan dua hala bebas sepenuhnya daripada sebarang tarif.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, rundingan itu bukan sekadar bertujuan mengurangkan kadar tarif sedia ada, tetapi untuk mencapai matlamat "zero tariff" atau penghapusan penuh tarif antara kedua-dua negara.
“Kalau boleh, kita mahu tiada tarif langsung dikenakan ke atas Malaysia. Itu aspirasi kita,” katanya dalam sidang media selepas Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai tarif AS, hari ini.
Delegasi Malaysia ke rundingan itu akan diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) MITI, Mastura Ahmad Mustafa.
Sebagai persiapan, Malaysia dan AS telah menandatangani Perjanjian Kerahsiaan (NDA) bagi membolehkan pertukaran maklumat teknikal dan dokumen berkaitan secara rasmi.
Tengku Zafrul turut mendedahkan empat isu utama yang dibangkitkan oleh AS dan menjadi keutamaan rundingan:
Pengurangan tarif terhadap produk tertentu dari AS yang dikatakan kurang kompetitif berbanding barangan Malaysia.
Proses pensijilan Halal Malaysia yang dianggap terlalu lama, meskipun keabsahan sijil tidak dipertikai.
Kawalan teknologi sensitif atau 'safeguard technologies' yang dibimbangi akan sampai ke negara ketiga melalui Malaysia.
Pemberian subsidi domestik yang dilihat sebagai bentuk ‘penyelamatan industri’ dan berpotensi menjejaskan persaingan pasaran untuk syarikat AS.
Sebagai langkah awal, MITI akan mengambil alih pengeluaran semua Sijil Asal Bukan Keutamaan (NPCO) untuk eksport ke AS mulai 6 Mei ini, bagi mengelakkan penyalahgunaan laluan dagangan oleh pihak ketiga.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul menegaskan bahawa sebarang pelarasan dasar akan dibuat tanpa menjejaskan kepentingan industri tempatan.
"Pendekatan Malaysia adalah berhati-hati tetapi tegas – berunding secara prinsip, tidak tunduk kepada tekanan dan memastikan kepentingan negara menjadi keutamaan," katanya.
Kerajaan juga bersedia menghadapi siasatan antilambakan jika import murah dari negara luar memberi kesan serius kepada industri dalam negara.
Tengku Zafrul turut menegaskan bahawa Malaysia akan kekal dengan dasar berkecuali dan komited kepada pendekatan multilateralisme, termasuk mengekalkan hubungan erat dengan China walaupun rundingan dengan AS semakin mendalam.
Berita berkaitan
May 6, 2025, 3:41 pm
Kerajaan tumpu penstrukturan semula pembiayaan kesihatan - Anwar
May 6, 2025, 3:22 pm
Lelaki OKU didakwa bunuh peminta sedekah di Shah Alam
May 6, 2025, 2:07 pm
Lebih 200 doktor, petugas kesihatan berhimpun bantah peraturan papar harga ubat
May 6, 2025, 1:46 pm
Konflik India-Pakistan boleh jejas bekalan beras ke Malaysia - Mat Sabu
May 6, 2025, 1:17 pm
Malaysia Expo Dili 2025 bakal jadi hab perdagangan dan budaya serantau
May 6, 2025, 12:09 pm
Komander agensi ditahan terima rasuah RM5,000 untuk lulus pembekalan
May 6, 2025, 11:23 am
Datuk direman semula kes tuntutan palsu RM450 juta libatkan projek lebuh raya
May 6, 2025, 11:06 am