Berita Politik
“Semasa susah mereka tiada, kini nak rebut kuasa” – Rafizi dedah usaha singkir 'orang lama’ dalam PKR

KUALA LUMPUR 12 Mei - PKR kini berada dalam fasa ujian kuasa selepas berjaya membentuk kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Rafizi Ramli.
Beliau berkata, suasana politik selepas kemenangan pada 2022 menyaksikan peningkatan mendadak penyertaan ahli baharu yang didakwanya lebih bermotifkan kedudukan dan kuasa, hingga mencetuskan usaha menyingkirkan tokoh-tokoh lama dalam parti.
“Semasa kita susah, orang tidak mahu bersama. Itulah orang lama seperti saya, Aminuddin Harun dan Nik Nazmi Nik Ahmad, kami sudah melalui proses ini.
“Tetapi selepas berkuasa pada 2022, berlaku lambakan anggota yang masuk, merebut jawatan dan kuasa, hingga ada gerakan tertentu cuba menjatuhkan orang lama untuk memenangkan pemimpin tertentu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam siri pertama Jelajah Hiruk Zon Melaka dan Negeri Sembilan di Seremban malam tadi, sebagai sebahagian daripada kempen menjelang pemilihan PKR.
Dalam ucapannya, Rafizi turut memberi peringatan kepada calon-calon yang bertanding agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan keghairahan merebut jawatan hingga menyebabkan perpecahan dalaman yang boleh mengganggu fokus untuk menghadapi PRU16.
Beliau menegaskan pemilihan kali ini adalah kritikal kerana PKR tidak boleh berandaian bahawa ia akan terus kekal sebagai kerajaan dalam tempoh mendatang.
“Kita sebenarnya berada jauh lagi untuk berasa yakin dapat sambung penggal kedua Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
“Kita mesti merancang kepimpinan parti dengan keadaan luar jangka, jika PRU datang, kita kalah, bagaimana?,” katanya.
Pemilihan PKR dijadual berlangsung pada 23 Mei ini, dengan Rafizi bakal dicabar oleh bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, bagi jawatan nombor dua parti itu.
Berita berkaitan
June 4, 2025, 10:47 pm
Tun M pelawa ahli UMNO sertai parti Melayu baharu
June 3, 2025, 11:30 am
Anwar berhak pilih kabinet, tetapi cadangan dari mana-mana pihak tidak salah – Ahmad Maslan
June 3, 2025, 11:09 am
Pemuda UMNO Selangor kecam tindakan Tengku Zafrul keluar parti
June 2, 2025, 4:42 pm
Kenyataan pemimpin DAP goyah perpaduan – Nurulhidayah
June 2, 2025, 1:22 pm
Hormati keputusan Tengku Zafrul, jangan desak letak jawatan menteri – Rizwan Shah
June 1, 2025, 10:42 am
BN sambut ulang tahun ke-51, kekal utuh dalam arus perubahan
June 1, 2025, 9:22 am
Cleopatra sertai PAS demi masa depan anak-anak
June 1, 2025, 8:43 am
Sertai PKR adalah pilihan peribadi, bukan paksaan - Tengku Zafrul
May 31, 2025, 12:21 pm