Berita Politik
Pemilihan PKR: Amirudin seru calon amalkan politik matang, beradab

KUALA LUMPUR 13 Mei - Semua calon yang bertanding dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025 diingatkan agar menjaga adab dan mematuhi tatacara yang telah digariskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), demi memastikan proses pemilihan berjalan secara berintegriti.
Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peringatan itu ditujukan kepada semua pihak termasuk dirinya, memandangkan beliau turut mempertahankan jawatan dalam pemilihan kali ini. Menurut beliau, pemilihan parti bukan sekadar medan pertembungan idea, malah menjadi ruang untuk menilai prestasi pimpinan sepanjang penggal terdahulu.
Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor menegaskan bahawa semua tingkah laku calon kini berada di bawah perhatian rakyat, memandangkan PKR merupakan parti utama dalam Kerajaan Perpaduan.
Katanya, sebagai pemimpin parti, adalah menjadi tanggungjawab semua calon untuk mengamalkan pendekatan politik yang matang, beretika dan beradab demi kesejahteraan parti dan imej kerajaan secara keseluruhan.
Proses pencalonan yang berakhir minggu lalu menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Presiden parti tanpa cabaran. Namun, jawatan Timbalan Presiden menyaksikan pertandingan menarik antara penyandang, Datuk Seri Rafizi Ramli dan anak kepada Presiden parti, Nurul Izzah Anwar.
Bagi jawatan Naib Presiden, seramai 12 calon telah disahkan layak bertanding, termasuk penyandang seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Chang Lih Kang dan Aminuddin Harun. Manakala, Muhammad Kamil Abdul Munim memenangi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) tanpa bertanding.
Persaingan bagi jawatan Ketua Wanita pula menyaksikan pertembungan antara Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail.
Kongres Nasional PKR 2025, termasuk Kongres AMK dan Wanita, dijadual berlangsung dari 21 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru, manakala tarikh pengundian utama ditetapkan pada 23 Mei. - Media Telus
Berita berkaitan
June 4, 2025, 10:47 pm
Tun M pelawa ahli UMNO sertai parti Melayu baharu
June 3, 2025, 11:30 am
Anwar berhak pilih kabinet, tetapi cadangan dari mana-mana pihak tidak salah – Ahmad Maslan
June 3, 2025, 11:09 am
Pemuda UMNO Selangor kecam tindakan Tengku Zafrul keluar parti
June 2, 2025, 4:42 pm
Kenyataan pemimpin DAP goyah perpaduan – Nurulhidayah
June 2, 2025, 1:22 pm
Hormati keputusan Tengku Zafrul, jangan desak letak jawatan menteri – Rizwan Shah
June 1, 2025, 10:42 am
BN sambut ulang tahun ke-51, kekal utuh dalam arus perubahan
June 1, 2025, 9:22 am
Cleopatra sertai PAS demi masa depan anak-anak
June 1, 2025, 8:43 am
Sertai PKR adalah pilihan peribadi, bukan paksaan - Tengku Zafrul
May 31, 2025, 12:21 pm