Berita Politik
Pemilihan Cabang PKR 2024 lebih tertib, guna teknologi tingkat integriti

Shah Alam 14 Mei - Pemilihan cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung pada April lalu disifatkan sebagai yang paling teratur dan berdisiplin berbanding tahun-tahun sebelumnya, menurut Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, pelaksanaan sistem baharu yang memanfaatkan teknologi telah membantu memastikan proses pemilihan berjalan lancar serta menjamin integriti tanpa gangguan daripada mana-mana pihak.
"Parti telah mengambil keputusan awal untuk tidak membenarkan ahli berkumpul beramai-ramai ketika proses mengundi. Langkah ini amat membantu menjaga disiplin dan ketertiban.
"Malah, penggunaan teknologi seperti blockchain menunjukkan PKR sebuah parti yang berpandangan jauh dan komited terhadap proses demokrasi yang telus dan moden," katanya dalam satu wawancara khas terbitan sebuah akhbar tempatan yang disiarkan malam tadi.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menegaskan bahawa walaupun sesetengah pihak menganggap proses pemilihan kali ini "bising", namun tiada insiden besar seperti penangguhan atau kekecohan penuh sebagaimana yang pernah berlaku pada 2019, sebelum krisis politik Langkah Sheraton.
"Bagi saya, proses kali ini seribu kali lebih baik. Demokrasi memang bingit, tetapi kebingitan itu adalah lambang kepelbagaian pandangan dan bukan satu bentuk huru-hara. Ia adalah cerminan demokrasi matang," katanya.
Dalam pada itu, Fahmi percaya pimpinan parti akan berlaku adil dan terbuka dalam menilai kemampuan ahli walaupun tewas dalam pertandingan, dan akan memberi ruang kepada mereka untuk terus menyumbang kepada parti.
"Contohnya pada tahun 2022, saya bertanding jawatan Naib Presiden dan tewas, namun masih diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan Ketua Penerangan. Ini membuktikan PKR memberi ruang kepada semua yang ingin terus berkhidmat," ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, proses pencalonan yang berakhir Jumaat lalu menyaksikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal tanpa dicabar. Jawatan Timbalan Presiden pula menyaksikan pertandingan antara penyandang, Datuk Seri Rafizi Ramli, dan anak kepada Presiden parti, Nurul Izzah Anwar.
Bagi jawatan Naib Presiden, seramai 12 calon telah mengemukakan pencalonan termasuk empat penyandang – Nik Nazmi Nik Mat, Chang Lih Kang, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Datuk Seri Amirudin Shari.
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), manakala jawatan Ketua Wanita menyaksikan pertandingan antara Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail.
Kongres Nasional PKR, termasuk Kongres AMK dan Wanita, dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru, dengan hari pengundian ditetapkan pada 23 Mei. - Media Telus
Berita berkaitan
June 4, 2025, 10:47 pm
Tun M pelawa ahli UMNO sertai parti Melayu baharu
June 3, 2025, 11:30 am
Anwar berhak pilih kabinet, tetapi cadangan dari mana-mana pihak tidak salah – Ahmad Maslan
June 3, 2025, 11:09 am
Pemuda UMNO Selangor kecam tindakan Tengku Zafrul keluar parti
June 2, 2025, 4:42 pm
Kenyataan pemimpin DAP goyah perpaduan – Nurulhidayah
June 2, 2025, 1:22 pm
Hormati keputusan Tengku Zafrul, jangan desak letak jawatan menteri – Rizwan Shah
June 1, 2025, 10:42 am
BN sambut ulang tahun ke-51, kekal utuh dalam arus perubahan
June 1, 2025, 9:22 am
Cleopatra sertai PAS demi masa depan anak-anak
June 1, 2025, 8:43 am
Sertai PKR adalah pilihan peribadi, bukan paksaan - Tengku Zafrul
May 31, 2025, 12:21 pm