Berita Santai
19 muzium dibuka percuma sempena Hari Muzium Antarabangsa
PUTRAJAYA 14 Mei - Sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa yang diraikan pada 18 Mei setiap tahun, sebanyak 19 muzium di bawah seliaan Jabatan Muzium Malaysia (JMM) akan dibuka secara percuma kepada orang ramai pada Ahad ini.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, inisiatif ini memberi peluang kepada masyarakat untuk menyelami warisan sejarah dan budaya negara yang kaya, sekali gus memupuk semangat perpaduan nasional.
Antara muzium terlibat termasuk:
-
Muzium Negara, Muzium Etnologi Dunia Melayu, Muzium Seni Kraf Orang Asli, dan Muzium Automobil Nasional
-
Muzium Labuan, Muzium Marin Labuan, serta Muzium Chimney
-
Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Muzium Kota Kuala Kedah, dan Muzium Kota Kayang
-
Muzium Perak, Muzium Matang, Muzium Sungai Lembing, dan Muzium Lukut
"Dari utara ke selatan, timur ke barat, muzium menjadi penghubung antara warisan silam dan aspirasi masa depan. Ia mencerminkan perpaduan dan kecintaan terhadap sejarah negara," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Hari Muzium Antarabangsa merupakan acara tahunan anjuran International Council of Museums (ICOM) sejak 1977 bagi meningkatkan kesedaran tentang peranan muzium dalam masyarakat.
Tema sambutan tahun ini ialah “Masa Depan Muzium Dalam Komuniti Yang Berubah Pantas”, sejajar dengan cabaran dan perubahan semasa dalam landskap sosial dan budaya global. - Media Telus
Berita berkaitan
July 20, 2026, 6:38 pm
100 tahun Piala Dunia - Edisi 2030 bakal jadi lebih menarik
July 16, 2026, 3:12 pm
Hari Ini 81 tahun lepas, letupan nuklear pertama dunia dijalankan di New Mexico
July 16, 2026, 3:07 pm
57 tahun lalu hari Ini - Apollo 11 Dilancarkan, langkah pertama manusia menuju Bulan
July 15, 2026, 9:53 pm
4 maskot Sukan SEA Malaysia dari dulu hingga kini, setiap satu ada cerita tersendiri
July 10, 2026, 4:08 pm
Tun Dr Mahathir Mohamad - Seabad lebih perjalanan tokoh politik negara
July 9, 2026, 8:09 pm
Lebih 4 dekad selepas dilancarkan, Proton Saga kekal simbol kebanggaan negara
March 17, 2026, 4:08 pm
Anwar antara lima pemimpin politik pernah membintangi iklan raya
December 30, 2025, 1:28 pm
