Berita Politik
PKR beri amaran tindakan tegas terhadap AJK cabang ugut letak jawatan

KEPALA BATAS 16 Mei - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan terhadap mana-mana Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang yang mengugut untuk meletakkan jawatan susulan keputusan pemilihan parti baru-baru ini, khususnya jika tindakan tersebut boleh menjejaskan kelancaran Kongres Nasional parti.
Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil, berkata mereka yang berbuat demikian berisiko disenarai hitam daripada bertanding semula sekiranya pemilihan perlu diadakan kembali akibat peletakan jawatan tersebut.
“Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh, menyatakan ada beberapa cabang di mana AJK mengugut mahu meletak jawatan hanya kerana tidak bersetuju atau tidak menyukai Ketua Cabang yang menang.
"Jika perkara ini menyebabkan pemilihan semula perlu diadakan, JPP telah memutuskan individu terbabit mungkin dihalang daripada bertanding semula,” katanya selepas menghadiri program Jelajah Kita Keadilan di Dewan Tok Mat Yahoo malam tadi.
Fahmi mengulas tindakan sekumpulan AJK Cabang Lenggong dan Masjid Tanah yang menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan ekoran rasa tidak puas hati terhadap keputusan pemilihan. Namun, setelah diberi penjelasan, kedua-dua kumpulan tersebut menarik balik keputusan mereka.
Tambah beliau, proses pemilihan cabang kali ini berjalan lancar, aman dan tanpa sebarang insiden tidak diingini, menjadikan ia antara pemilihan terbaik yang pernah diadakan.
Mengenai persiapan Kongres Nasional PKR yang dijadual berlangsung dari 21 hingga 25 Mei di Johor Bahru, Fahmi memaklumkan segala persiapan sedang berjalan dengan baik menerusi program jelajah oleh Pejabat Setiausaha Agung bersama JPP ke seluruh negara.
“Kita memastikan tiada kempen berkumpulan atau penggunaan ‘cai’ ketika pemilihan. Malah, semua gambar calon dalam sistem pemilihan menggunakan latar biru muda yang sama, menandakan kesatuan dalam kalangan anggota parti,” ujarnya.
Kongres kali ini turut melibatkan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita, dengan hari pengundian ditetapkan pada 23 Mei. - Media Telus
Berita berkaitan
July 31, 2025, 9:24 pm
Pelantikan Pengerusi MPN Pulau Pinang isyarat KEADILAN mantapkan strategi hadapi PRU16
July 30, 2025, 1:39 pm
Pas nafi spekulasi pertukaran jawatan presiden, Abdul Hadi kekal jawatan tertinggi parti
July 30, 2025, 9:32 am
'DAP patut minta maaf, jangan salahkan rakyat tuntut janji' - MCA
July 29, 2025, 6:47 pm
BN–PH ‘dikunci’ hadapi PRN Sabah – Zahid
July 27, 2025, 1:20 pm
Himpunan 'Turun Anwar' gagal, pembangkang main gimik politik lapuk - AMK Klang
July 18, 2025, 10:40 am
Amanah dalam kepimpinan bukan medan mencari pengaruh – Abdul Hadi
July 14, 2025, 12:29 pm