Berita Berita
ASP didakwa terima bayaran ubah suai rumah, deposit motosikal bernilai RM13,500 tanpa balasan

KOTA BHARU 19 Mei – Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima suapan berupa barangan bernilai keseluruhan RM13,500 daripada seorang individu, pada tahun 2018.
Tertuduh, Mohd Firdaus Mohd, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.
Berdasarkan pertuduhan pertama, Mohd Firdaus yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang, didakwa menerima bayaran kos ubah suai rumah secara percuma bernilai kira-kira RM9,000 daripada seorang lelaki berusia 38 tahun.
Perbuatan itu didakwa berlaku di Kampung Pak Blong Telong, Bachok, antara Januari dan Jun 2018.
Bagi pertuduhan kedua, beliau dituduh menerima wang deposit pembelian motosikal berkuasa tinggi berjumlah RM4,500 tanpa sebarang balasan di IPD Machang pada Januari 2018.
Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tengku Nurul Haziqah Tuan Yacob, manakala tertuduh diwakili peguam bela Azura Ghazali.
Terdahulu, pihak pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM13,000 dikenakan terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, peguam bela merayu agar jumlah jaminan dikurangkan kepada RM2,500 bagi setiap pertuduhan atas faktor kemampuan anak guamnya.
Mahkamah akhirnya membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 23 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Berita berkaitan
May 19, 2025, 9:01 pm
Norjuma didenda RM1,000 tampar, cakar tangan wanita hingga cedera
May 19, 2025, 8:20 pm
Menteri Agama sahkan seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci
May 19, 2025, 8:09 pm
Kes abang belon: Bapa 5 anak didenda RM6,000 ugut, hasut penguat kuasa DBKL
May 19, 2025, 7:43 pm
Lelaki berselisih ajal dipanah petir ketika tutup pintu kereta di Jasin
May 19, 2025, 7:17 pm
Amalan 'cash is king' akan kembali jika Najib jadi PM lagi - Tun M
May 19, 2025, 4:38 pm
6 lebuh raya dan 25 jalan utama ditutup sementera sempena Sidang Kemuncak ASEAN
May 19, 2025, 4:31 pm
Kementerian Pertahanan siasat dakwaan cermin tingkap pecah akibat latihan udara LIMA’25
May 19, 2025, 4:20 pm