Berita Berita
Norjuma didenda RM1,000 tampar, cakar tangan wanita hingga cedera

KUALA LUMPUR 19 Mei - Seorang bekas personaliti televisyen dan usahawan, Norjuma Habib Mohamed, hari ini dijatuhkan hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah mencederakan seorang wanita dalam satu kejadian yang berlaku pada tahun 2021.
Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim menjatuhkan hukuman tersebut selepas Norjuma, 45, menukar pengakuannya daripada tidak bersalah kepada bersalah semasa prosiding berlangsung.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara selama sebulan sekiranya denda itu gagal dibayar.
Berdasarkan pertuduhan, Norjuma didakwa menampar pipi dan mencakar tangan mangsa, Nur Solehah Rosli, 32, di Kondominium Sastra U-Thant, Wangsa Maju, pada jam 10.30 pagi, 18 Oktober 2021.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Peguam bela Norjuma, Faiz Kamal Jaafar, merayu agar anak guamnya hanya dikenakan hukuman denda dengan mengambil kira keadaan semasa anak guamnya yang tidak bekerja dan kini menyambung pelajaran di sebuah universiti tempatan.
Menurut beliau, Norjuma kini ditanggung oleh bapanya yang merupakan seorang pesara kerajaan.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Iman Nurhidayah Ezani memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.
Untuk rekod, pada 25 April tahun lalu, Norjuma turut berdepan lima pertuduhan lain termasuk empat pertuduhan mendatangkan kecederaan dan satu pertuduhan melakukan khianat terhadap palang keluar masuk serta kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kondominium di Taman U-Thant.
Berita berkaitan
May 19, 2025, 8:20 pm
Menteri Agama sahkan seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci
May 19, 2025, 8:09 pm
Kes abang belon: Bapa 5 anak didenda RM6,000 ugut, hasut penguat kuasa DBKL
May 19, 2025, 7:43 pm
Lelaki berselisih ajal dipanah petir ketika tutup pintu kereta di Jasin
May 19, 2025, 7:17 pm
Amalan 'cash is king' akan kembali jika Najib jadi PM lagi - Tun M
May 19, 2025, 4:38 pm
6 lebuh raya dan 25 jalan utama ditutup sementera sempena Sidang Kemuncak ASEAN
May 19, 2025, 4:31 pm
Kementerian Pertahanan siasat dakwaan cermin tingkap pecah akibat latihan udara LIMA’25
May 19, 2025, 4:20 pm