Berita Berita
Amalan 'cash is king' akan kembali jika Najib jadi PM lagi - Tun M

PUTRAJAYA 19 Mei – Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kebimbangan sekiranya Datuk Seri Najib Razak kembali menerajui pentadbiran negara sebagai Perdana Menteri, dengan menyifatkan kemungkinan itu sebagai langkah yang akan menghidupkan semula budaya “cash is king” dan rasuah dalam politik negara.
Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Buku dan Dialog Khas Bersama Tun Dr Mahathir mengenai Cabaran Pembangunan Ekonomi di Abad Ke-21, yang berlangsung di sini hari ini.
“Jika Najib Razak boleh menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, maka kita tidak sepatutnya terkejut lagi dengan apa-apa yang berlaku dalam dunia politik,” katanya.
“Apabila seseorang yang pernah menyatakan bahawa cash is king kembali memimpin negara, itu adalah sesuatu yang amat membimbangkan. Amalan memberi duit kepada orang akan terus berlaku,” ujar beliau.
Dr Mahathir turut menegaskan bahawa sekiranya Najib benar-benar ingin kembali memimpin, beliau perlu terlebih dahulu tampil memohon maaf secara terbuka serta mengakui kesilapan masa lalu.
“Bukan dengan cara menggunakan wang untuk membeli sokongan, meminjam atau mencuri demi kuasa,” tegasnya.
Beliau menambah bahawa rakyat perlu lebih sedar dan tidak lagi menerima kepimpinan berasaskan prinsip cash is kingyang menurutnya hanya akan mengundang lebih banyak rasuah serta kepentingan peribadi dalam tadbir urus negara.
Berita berkaitan
May 19, 2025, 9:01 pm
Norjuma didenda RM1,000 tampar, cakar tangan wanita hingga cedera
May 19, 2025, 8:20 pm
Menteri Agama sahkan seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci
May 19, 2025, 8:09 pm
Kes abang belon: Bapa 5 anak didenda RM6,000 ugut, hasut penguat kuasa DBKL
May 19, 2025, 7:43 pm
Lelaki berselisih ajal dipanah petir ketika tutup pintu kereta di Jasin
May 19, 2025, 4:38 pm
6 lebuh raya dan 25 jalan utama ditutup sementera sempena Sidang Kemuncak ASEAN
May 19, 2025, 4:31 pm
Kementerian Pertahanan siasat dakwaan cermin tingkap pecah akibat latihan udara LIMA’25
May 19, 2025, 4:20 pm