Berita Berita
Menteri Agama sahkan seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci

KUALA LUMPUR 19 Mei – Seorang jemaah haji Malaysia, Abdullah Mat, 59, dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci pagi tadi akibat serangan jantung, menjadikan ini kes kedua kematian jemaah haji negara bagi musim haji tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, memaklumkan bahawa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Jiwar, Jabal Omar, Makkah.
Abdullah merupakan jemaah dari Maktab 89A dan menginap di Abraj Al Janadriyah bersama isterinya, Sarifah Hassan, sepanjang menunaikan ibadah haji.
"Tabung Haji akan menguruskan pelaksanaan badal haji bagi pihak Allahyarham serta menyempurnakan segala urusan berkaitan dengan sebaik mungkin.
"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman," katanya menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini.
Sebelum ini, seorang lagi jemaah haji Malaysia, Norizah Tambonan, 47, dari Batu Pahat, Johor turut disahkan meninggal dunia pada Jumaat lalu di hospital yang sama akibat serangan jantung.
Berita berkaitan
May 19, 2025, 9:01 pm
Norjuma didenda RM1,000 tampar, cakar tangan wanita hingga cedera
May 19, 2025, 8:09 pm
Kes abang belon: Bapa 5 anak didenda RM6,000 ugut, hasut penguat kuasa DBKL
May 19, 2025, 7:43 pm
Lelaki berselisih ajal dipanah petir ketika tutup pintu kereta di Jasin
May 19, 2025, 7:17 pm
Amalan 'cash is king' akan kembali jika Najib jadi PM lagi - Tun M
May 19, 2025, 4:38 pm
6 lebuh raya dan 25 jalan utama ditutup sementera sempena Sidang Kemuncak ASEAN
May 19, 2025, 4:31 pm
Kementerian Pertahanan siasat dakwaan cermin tingkap pecah akibat latihan udara LIMA’25
May 19, 2025, 4:20 pm