Berita Berita
Pempengaruh media sosial mengaku bersalah ceroboh rumah di Nilai

SEREMBAN 19 Mei – Seorang pempengaruh media sosial mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menceroboh kawasan sebuah rumah di Kampung Chelet, Nilai, awal bulan ini.
Tertuduh, Nurul Nur Ariani Muhammad Zahar, 41, didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki kawasan rumah tersebut pada jam 5 petang, 7 Mei lalu.
Kes dikemukakan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd Zainal menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 dan memohon tarikh lain ditetapkan bagi pembentangan fakta kes dan hukuman.
Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), K Gejalaxmi, yang mewakili tertuduh, merayu agar jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya bekerja sendiri dengan pendapatan rendah serta menanggung beban keluarga termasuk bapa yang sakit di hospital, empat orang anak dan seorang adik.
Hakim Mohamad Kamil Nizam kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin, dan menetapkan 19 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk pembentangan fakta dan hukuman. - Media Telus
Berita berkaitan
May 19, 2025, 9:01 pm
Norjuma didenda RM1,000 tampar, cakar tangan wanita hingga cedera
May 19, 2025, 8:20 pm
Menteri Agama sahkan seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci
May 19, 2025, 8:09 pm
Kes abang belon: Bapa 5 anak didenda RM6,000 ugut, hasut penguat kuasa DBKL
May 19, 2025, 7:43 pm
Lelaki berselisih ajal dipanah petir ketika tutup pintu kereta di Jasin
May 19, 2025, 7:17 pm
Amalan 'cash is king' akan kembali jika Najib jadi PM lagi - Tun M
May 19, 2025, 4:38 pm
6 lebuh raya dan 25 jalan utama ditutup sementera sempena Sidang Kemuncak ASEAN
May 19, 2025, 4:31 pm