Berita Berita
6 lebuh raya dan 25 jalan utama ditutup sementera sempena Sidang Kemuncak ASEAN

KUALA LUMPUR, 19 Mei 2025 – Enam lebuh raya utama dan 25 jalan di sekitar Lembah Klang akan ditutup secara berperingkat bermula Jumaat hingga 28 Mei ini sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Beliau berkata, penutupan itu melibatkan laluan ke destinasi penting seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Subang, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Istana Negara serta laluan ke hotel penginapan para delegasi.
Penutupan jalan-jalan tersebut akan berlaku pada pelbagai waktu sepanjang tempoh tersebut, bergantung kepada pergerakan delegasi, dan akan dilaksanakan secara berkala selama kira-kira 30 minit bagi memberi laluan kepada konvoi dan motoked peserta persidangan.
Antara kawasan yang bakal terkesan termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Parlimen, serta lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), MEX, NKVE dan GUTHRIE.
Selain itu, pada 26 hingga 28 Mei, beberapa persimpangan utama di sekitar KLCC dan pusat bandar turut akan ditutup mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan semasa ketibaan dan pergerakan delegasi antarabangsa.
Mohd Yusri turut menasihatkan orang ramai agar tidak meletakkan kenderaan di laluan-laluan yang terlibat dengan penutupan dan memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan kelancaran acara bertaraf antarabangsa itu.
“Tindakan penguatkuasaan termasuk tunda kenderaan akan dilakukan terhadap mana-mana kenderaan yang diletakkan sesuka hati di laluan terlibat,” katanya.
Tambah beliau, kenderaan perdagangan dan berat juga tidak dibenarkan memasuki pusat bandar dari pukul 6.30 pagi hingga 7.30 pagi dan dari 4.30 petang bermula hari ini hingga 28 Mei bagi mengurangkan beban trafik. - Media Telus
Berita berkaitan
May 19, 2025, 9:01 pm
Norjuma didenda RM1,000 tampar, cakar tangan wanita hingga cedera
May 19, 2025, 8:20 pm
Menteri Agama sahkan seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci
May 19, 2025, 8:09 pm
Kes abang belon: Bapa 5 anak didenda RM6,000 ugut, hasut penguat kuasa DBKL
May 19, 2025, 7:43 pm
Lelaki berselisih ajal dipanah petir ketika tutup pintu kereta di Jasin
May 19, 2025, 7:17 pm
Amalan 'cash is king' akan kembali jika Najib jadi PM lagi - Tun M
May 19, 2025, 4:31 pm
Kementerian Pertahanan siasat dakwaan cermin tingkap pecah akibat latihan udara LIMA’25
May 19, 2025, 4:20 pm