TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kes abang belon: Bapa 5 anak didenda RM6,000 ugut, hasut penguat kuasa DBKL

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 19 Mei – Seorang peniaga baju didenda RM6,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menghasut dan mengugut anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tertuduh, Mustafa Sulaiman, 57, didakwa membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Mohammad Shahli Zaini Mohd Zulkepli, 32, serta menghantar mesej ugutan bunuh melalui aplikasi WhatsApp pada 7 April lalu di Menara Penguatkuasaan DBKL, Cheras.

Bagi kesalahan menghasut mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara. Manakala bagi pertuduhan ugutan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, tertuduh didenda RM4,000 atau tiga bulan penjara.

Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan berkata, kepentingan awam perlu diutamakan kerana kenyataan tertuduh berpotensi membangkitkan ketegangan.

Terdahulu, peguam bela memohon hukuman ringan atas alasan tertuduh adalah penanggung keluarga, manakala pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal memandangkan kenyataan tertuduh bersifat ancaman terhadap penjawat awam.

+ - reset