Berita Berita
Kementerian Pertahanan siasat dakwaan cermin tingkap pecah akibat latihan udara LIMA’25

LANGKAWI 19 Mei - Kementerian Pertahanan akan menyiasat dakwaan bahawa latihan pertunjukan udara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) semalam telah menyebabkan kerosakan pada tingkap rumah penduduk kampung berdekatan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya mengambil maklum isu berkenaan yang telah tular di media sosial dan tidak akan memandang ringan perkara itu.
“Kita akan tengok dan tidak akan abaikan soal itu. Kita akan kaji perkara tersebut. Ada masanya memang akan ada pertunjukan dan sebagainya yang mungkin menyebabkan kesan sedikit,” katanya secara ringkas ketika sidang media selepas meninjau persiapan terakhir pameran tersebut, Isnin lalu.
Sebelum ini, tular satu video berdurasi 56 saat di media sosial yang memaparkan kerosakan pada cermin tingkap beberapa rumah penduduk, dipercayai berlaku semasa latihan pertunjukan udara di kawasan berhampiran. - Media Telus
Berita berkaitan
May 19, 2025, 7:43 pm
Lelaki berselisih ajal dipanah petir ketika tutup pintu kereta di Jasin
May 19, 2025, 7:17 pm
Amalan 'cash is king' akan kembali jika Najib jadi PM lagi - Tun M
May 19, 2025, 4:38 pm
6 lebuh raya dan 25 jalan utama ditutup sementera sempena Sidang Kemuncak ASEAN
May 19, 2025, 4:20 pm
Pempengaruh media sosial mengaku bersalah ceroboh rumah di Nilai
May 19, 2025, 3:48 pm
Lori terbalik, muatan kayu hempap kereta di Kajang
May 19, 2025, 3:42 pm