TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki berselisih ajal dipanah petir ketika tutup pintu kereta di Jasin

By
|
Kongsi
image

JASIN 19 Mei – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila hampir maut selepas dipanah petir ketika cuba menutup pintu keretanya dalam kejadian hujan lebat di Kampung Batang Melaka, semalam.

Mangsa, Muhammad Hafizuddin Mihat, 34, hanya mengalami kecederaan ringan dalam kejadian sekitar pukul 5.30 petang itu.

Menurutnya, insiden berlaku sewaktu beliau memegang payung dan sedang menghampiri kereta untuk menutup pintu.

“Saya baru sahaja sampai ke kereta, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat. Dalam sekelip mata badan saya terangkat dan jatuh terduduk.

“Rupa-rupanya petir menyambar pokok durian di tepi rumah, dan sebahagian arus terkena saya. Kepala jadi pening, kaki pula rasa seperti dicucuk jarum,” katanya ketika ditemui di Hospital Jasin, hari ini.

Tambah Hafizuddin, walaupun dalam keadaan lemah dan terkejut, beliau masih sempat menggagahkan diri untuk masuk ke dalam rumah bagi menyelamatkan diri.

“Saya menjerit, kemudian nampak isteri dan ahli keluarga berlari mendapatkan saya. Sebelum saya tumbang, saya sempat berzikir… sangka itu pengakhiran hidup saya,” ujarnya.

Mangsa yang juga bapa kepada empat anak itu kemudiannya dihantar ke Hospital Jasin menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut. 

+ - reset