Berita Berita
Lelaki lumpuh bertongkat keliling kampung cari anak hilang 4 hari lalu ketika ke sekolah di Seremban

SEREMBAN 19 Mei – Seorang bapa yang lumpuh sanggup keluar rumah dalam keadaan bertongkat demi mencari anak perempuannya yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu ketika dalam perjalanan ke sekolah.
Remaja terbabit, Nurhidayah Jamalludin, 17, kali terakhir dilihat keluar dari rumah keluarganya di Kampung LB Johnson, Nilai kira-kira jam 7.15 pagi dengan memakai pakaian seragam sekolah.
Menurut bapa saudaranya, Mohd. Shazali Muhamad, 47, bapa Nurhidayah yang mengalami serangan angin ahmar ringan (minor stroke) dan tidak bekerja, sangat terkesan dengan kehilangan anak bongsu daripada lima beradik itu.
“Bapanya kerap menangis memikirkan keadaan Nurhidayah. Malah semalam, dia keluar rumah dengan bertongkat untuk mencari anaknya walaupun keadaannya tidak mengizinkan.
“Ibunya pula, walaupun tidak begitu kuat dari segi emosi, tetap keluar mencari rezeki demi keluarga. Kesemua adik-beradik sangat berharap Nurhidayah pulang dengan selamat,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambah beliau, pada hari kejadian, sebuah kereta tidak dikenali dilihat membuat pusingan di hadapan rumah keluarga tersebut sebelum Nurhidayah tiba-tiba hilang dari pandangan.
“Tidak lama selepas kereta itu beredar, ibunya menyedari Nurhidayah sudah tiada. Ketika itu, dia masih memakai pakaian sekolah,” ujarnya.
Mohd. Shazali turut memaklumkan bahawa remaja tingkatan lima itu tidak membawa telefon bimbit ke sekolah, sebaliknya hanya membawa komputer riba milik sekolah.
Laporan polis berhubung kehilangan tersebut telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai pada Jumaat lalu setelah Nurhidayah tidak pulang dalam tempoh 24 jam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan remaja berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.
Berita berkaitan
May 19, 2025, 9:01 pm
Norjuma didenda RM1,000 tampar, cakar tangan wanita hingga cedera
May 19, 2025, 8:20 pm
Menteri Agama sahkan seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci
May 19, 2025, 8:09 pm
Kes abang belon: Bapa 5 anak didenda RM6,000 ugut, hasut penguat kuasa DBKL
May 19, 2025, 7:43 pm
Lelaki berselisih ajal dipanah petir ketika tutup pintu kereta di Jasin
May 19, 2025, 7:17 pm
Amalan 'cash is king' akan kembali jika Najib jadi PM lagi - Tun M
May 19, 2025, 4:38 pm
6 lebuh raya dan 25 jalan utama ditutup sementera sempena Sidang Kemuncak ASEAN
May 19, 2025, 4:31 pm
Kementerian Pertahanan siasat dakwaan cermin tingkap pecah akibat latihan udara LIMA’25
May 19, 2025, 4:20 pm