Berita Berita
50% kes kehilangan MyKad libatkan belia - Hannah Yeoh

PUTRAJAYA 20 Mei - Sebanyak 142,535 kes kehilangan kad pengenalan yang direkodkan sepanjang tahun lalu melibatkan golongan belia berumur antara 15 hingga 30 tahun, iaitu bersamaan 50 peratus daripada keseluruhan 285,568 kes yang dilaporkan.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata angka itu amat membimbangkan memandangkan kad pengenalan adalah dokumen penting yang menjadi akses utama kepada pelbagai urusan rasmi.
Beliau turut memaklumkan bahawa lebih 136,000 daripada kes tersebut berpunca daripada kecuaian sendiri dalam kalangan belia. Menurutnya, sikap sambil lewa terhadap penjagaan dokumen identiti boleh membawa kepada pelbagai kesan negatif, termasuk risiko kecurian identiti, kesukaran menyelesaikan urusan rasmi, beban kewangan akibat denda penggantian, serta tekanan emosi.
Hannah berkata demikian dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan kerjasama strategik antara Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya hari ini.
Beliau turut menyeru agar belia lebih bertanggungjawab dan berdisiplin dalam menjaga keselamatan dokumen peribadi demi mengelakkan implikasi yang boleh menjejaskan masa depan mereka. - Media Telus
Berita berkaitan
May 19, 2025, 8:20 pm
Menteri Agama sahkan seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci
May 19, 2025, 8:09 pm
Kes abang belon: Bapa 5 anak didenda RM6,000 ugut, hasut penguat kuasa DBKL
May 19, 2025, 7:43 pm
Lelaki berselisih ajal dipanah petir ketika tutup pintu kereta di Jasin
May 19, 2025, 7:17 pm
Amalan 'cash is king' akan kembali jika Najib jadi PM lagi - Tun M
May 19, 2025, 4:38 pm
6 lebuh raya dan 25 jalan utama ditutup sementera sempena Sidang Kemuncak ASEAN
May 19, 2025, 4:31 pm
Kementerian Pertahanan siasat dakwaan cermin tingkap pecah akibat latihan udara LIMA’25
May 19, 2025, 4:20 pm