Berita Berita
EAIC dedah kelewatan siasatan permohonan MyKad lebih 10 tahun, cadang tindakan tatatertib

PUTRAJAYA 20 Mei - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendedahkan satu siasatan permohonan kad pengenalan yang dikendalikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengalami kelewatan luar biasa sehingga melebihi tempoh 10 tahun untuk diselesaikan.
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, EAIC memaklumkan bahawa siasatan terhadap aduan berkaitan kelewatan tersebut dijalankan di bawah Subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009. Hasil siasatan mendapati terdapat kelemahan serius dalam pengendalian kertas siasatan oleh pegawai penyiasat JPN, yang menyebabkan proses siasatan tertangguh begitu lama tanpa tindakan susulan yang sewajarnya.
EAIC menyatakan, antara faktor utama kelewatan tersebut adalah kehilangan sijil lahir asal milik pengadu yang berada dalam simpanan JPN, sekali gus menjejaskan keseluruhan proses penyiasatan.
“Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 4/2025 yang diadakan pada 8 April lalu telah memutuskan bahawa hasil siasatan ini dirujuk kepada Ketua Pengarah JPN, berserta cadangan hukuman ke atas pegawai yang terlibat,” menurut kenyataan EAIC itu.
Suruhanjaya tersebut turut merumuskan bahawa terdapat keperluan mendesak untuk menambah baik prosedur operasi standard (SOP) JPN. Penekanan diberikan kepada perlunya tempoh masa yang lebih jelas dan wajar ditetapkan dalam menangani kes-kes yang berisiko untuk berlanjutan atau mustahil diselesaikan dalam masa singkat.
Selain itu, EAIC turut mengesyorkan agar pelaksanaan Peraturan 25 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) dikaji semula secara terperinci. Peraturan itu melibatkan tindakan terhadap individu yang gagal hadir memberikan keterangan semasa siasatan dijalankan.
“Cadangan penambahbaikan terhadap SOP serta pelaksanaan Peraturan 25 perlu dilaksanakan dengan segera supaya JPN dapat bertindak dengan lebih proaktif dan efisien dalam menjalankan siasatan akan datang,” tambah kenyataan itu lagi.
Bagi memastikan tindakan tatatertib diambil, EAIC turut memutuskan supaya syor hukuman terhadap pegawai penyiasat terbabit dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib JPN, mengikut Peraturan 38 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. - Media Telus
Berita berkaitan
May 20, 2025, 4:15 pm
112 warga Bangladesh, Pakistan dan India ditolak masuk ke Malaysia
May 20, 2025, 4:03 pm
Sama dengan masalah obesiti, makin ramai rakyat Malaysia diserang gout
May 20, 2025, 3:01 pm
Polis Johor tumpas 17 sindiket dadah, rampasan cecah RM75.85 juta dalam masa empat bulan
May 20, 2025, 3:01 pm
Azlan Alias cedera, direhatkan dua bulan akibat retak siku
May 20, 2025, 2:40 pm
Amaran ribut petir di 12 negeri hingga 4 petang – MetMalaysia
May 20, 2025, 2:25 pm
Lelaki maut kemalangan selepas larikan dua kenderaan curi
May 20, 2025, 2:25 pm
Koperal polis disyaki terima rasuah RM25,000 guna akaun bank isteri direman 6 hari
May 20, 2025, 2:13 pm