TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

​​​​​​​Budak perempuan 11 tahun hilang dihanyut arus deras di Cheras Baru

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 20 Mei – Seorang kanak-kanak perempuan warga Rohingya berusia 11 tahun dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras dalam kejadian di hadapan Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Kampung Cheras Baru petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu melalui Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada jam 6.07 petang.

"Sebaik menerima laporan, anggota polis dan bomba segera digerakkan ke lokasi kejadian dan dimaklumkan bahawa dua kanak-kanak perempuan telah terjatuh ke dalam longkang tersebut.

"Salah seorang daripada mereka, berusia 10 tahun dan juga warga Rohingya, berjaya diselamatkan oleh orang awam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mangsa kedua yang hilang dilaksanakan dengan kerjasama pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang serta anggota polis dari IPD Ampang Jaya.

"Bagaimanapun, operasi SAR terpaksa dihentikan pada jam 10.30 malam disebabkan cuaca gelap dan hujan. Operasi akan disambung semula pada jam 8 pagi hari ini," jelasnya.

Mohd Azam turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi pihak polis.

 


+ - reset