TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki Bangla makin berani cuba rasuah polis untuk lepaskan diri

By
|
Kongsi
image

 

TUMPAT 20 Mei – Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh ditahan selepas dipercayai cuba menawarkan rasuah kepada seorang pegawai polis sebagai dorongan untuk melepaskan dirinya daripada ditahan semalam.

Lelaki berkenaan dilaporkan ditahan kerana memiliki pasport yang telah tamat tempoh serta tinggal lebih masa di negara ini. Dalam kejadian sama, seorang lagi lelaki warga Myanmar yang juga PATI turut ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Menurut sumber, suspek cuba menyogok pegawai berkenaan dengan sejumlah wang yang digenggamnya walaupun telah beberapa kali diberi amaran agar tidak berbuat demikian.

"Suspek tetap berdegil dan menghulurkan wang kepada pegawai polis berkenaan meskipun beberapa kali diberikan amaran. Kedua-dua PATI itu ditahan untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, Rosli Husain mengesahkan pihaknya telah menerima laporan mengenai kes tersebut.

Beliau berkata siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman bagi mana-mana pihak yang memberi rasuah kepada penjawat awam.

 

+ - reset