Berita Berita
Lelaki tempatan, wanita Thailand dicekup punggah ganja RM1.95 juta

KUALA LUMPUR 20 Mei - Seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun dan seorang wanita warga Thailand berusia 52 tahun ditahan ketika sedang memunggah dadah jenis ganja bernilai RM1.95 juta ke dalam sebuah trak pikap dalam satu serbuan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di pangkalan haram Tok Awang Belulang, Rantau Panjang semalam.
Serbuan dilakukan kira-kira jam 7.40 pagi semasa penugasan Op Taring Wawasan apabila anggota PGA mengesan pergerakan mencurigakan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton di kawasan berkenaan.
Menurut Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, pemerhatian awal mendapati seorang lelaki dilihat bertemu dengan seorang wanita yang datang dari arah tangga jeti di kawasan pangkalan haram terbabit. Kedua-duanya kemudian dilihat memunggah beberapa kotak ke bahagian belakang trak pikap tersebut.
Anggota PGA bertindak segera dengan menyerbu dan menahan kedua-dua suspek sebelum melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan. Hasil pemeriksaan menemui sebanyak 13 kotak yang mengandungi 55.8 kilogram ganja.
Ujian saringan air kencing terhadap lelaki terbabit mendapati dia bebas daripada sebarang pengaruh dadah, manakala wanita warga Thailand itu pula didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Kedua-dua suspek bersama barangan rampasan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Media Telus
Berita berkaitan
May 20, 2025, 4:15 pm
112 warga Bangladesh, Pakistan dan India ditolak masuk ke Malaysia
May 20, 2025, 4:03 pm
Sama dengan masalah obesiti, makin ramai rakyat Malaysia diserang gout
May 20, 2025, 3:01 pm
Polis Johor tumpas 17 sindiket dadah, rampasan cecah RM75.85 juta dalam masa empat bulan
May 20, 2025, 3:01 pm
Azlan Alias cedera, direhatkan dua bulan akibat retak siku
May 20, 2025, 2:40 pm
Amaran ribut petir di 12 negeri hingga 4 petang – MetMalaysia
May 20, 2025, 2:25 pm
Lelaki maut kemalangan selepas larikan dua kenderaan curi
May 20, 2025, 2:25 pm
Koperal polis disyaki terima rasuah RM25,000 guna akaun bank isteri direman 6 hari
May 20, 2025, 2:13 pm