Berita Politik
Nik Nazmi enggan ulas isu letak jawatan, fokus pada pemilihan MPP PKR

ISKANDAR PUTERI 20 Mei - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad meminta semua pihak menunggu keputusan rasmi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada Jumaat ini sebelum membuat sebarang spekulasi berhubung kedudukannya dalam parti.
Menurutnya, beliau enggan mengulas lanjut sama ada akan mengikut jejak Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang bersedia berundur daripada Kabinet sekiranya gagal mengekalkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR.
Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar sebelum ini dilaporkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR walaupun tewas dalam pemilihan peringkat Cabang Setiawangsa kepada Datuk Afdlin Shauki.
Sementara itu, Rafizi sebelum ini menyatakan kesediaan melepaskan jawatan menteri jika tewas dalam pemilihan, namun tetap akan meneruskan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Pandan.
Nik Nazmi juga tidak memberikan komen apabila ditanya mengenai amaran Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang membayangkan parti itu berisiko berpecah dan hilang dalam tempoh lima hingga 10 tahun sekiranya konflik dalaman terus berlarutan. - Media Telus
Berita berkaitan
July 31, 2025, 9:24 pm
Pelantikan Pengerusi MPN Pulau Pinang isyarat KEADILAN mantapkan strategi hadapi PRU16
July 30, 2025, 1:39 pm
Pas nafi spekulasi pertukaran jawatan presiden, Abdul Hadi kekal jawatan tertinggi parti
July 30, 2025, 9:32 am
'DAP patut minta maaf, jangan salahkan rakyat tuntut janji' - MCA
July 29, 2025, 6:47 pm
BN–PH ‘dikunci’ hadapi PRN Sabah – Zahid
July 27, 2025, 1:20 pm
Himpunan 'Turun Anwar' gagal, pembangkang main gimik politik lapuk - AMK Klang
July 18, 2025, 10:40 am
Amanah dalam kepimpinan bukan medan mencari pengaruh – Abdul Hadi
July 14, 2025, 12:29 pm