Berita Politik
'Kita bukan perfect' - Wan Azizah tegur penyokong PKR jangan bergaduh

KOTA BHARU 21 Mei – Penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mengekalkan perpaduan dan mengelakkan perpecahan demi memperkukuh parti yang telah melalui pelbagai cabaran sejak penubuhannya, kata Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau menegaskan bahawa kejayaan parti sehingga kini adalah hasil perjuangan akar umbi yang tidak mengenal penat lelah dan ia perlu diteruskan dengan semangat kerjasama dalam kalangan anggota.
Tambahnya, penglibatan aktif golongan muda turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh PKR, malah penyertaan mereka diyakini mampu membuka ruang menawan negeri Kelantan.
"Dulu kita (PKR) baru nak bangun, parti kecil, parti nyamuk... tapi (hari ini) dah bangkit sampailah Presiden kita (Datuk Seri Anwar Ibrahim) jadi Perdana Menteri. Itu pun kena 'gaduh-gaduh' dulu.
"Sebelum ini ada kawan-kawan dari parti lain kata kita tak berapa 'steady' terutama di Kelantan, tapi saya rasa di Kelantan kita ada potensi cuma (cara) untuk realisasikannya itu bagaimana.
"(Jawapannya) kita kena sama-sama bangunkan parti kita. Anggota-anggota kita (gabungan), tidak bermusuh... kita bukan 'perfect' (sempurna), jadi sama-samalah teruskan dan peranan itu perlu diambil alih oleh golongan muda kerana jiwa mereka lebih bersemangat," katanya ketika berucap pada majlis minum petang di sebuah hotel di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kelantan, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor.
Dalam ucapannya, Wan Azizah turut mengingatkan para pemimpin parti agar tidak lupa diri selepas memenangi jawatan, sebaliknya sentiasa mengekalkan hubungan dengan penyokong akar umbi dan menjadikan amanah yang diberikan sebagai tanggungjawab memperkukuh parti.
"Jangan lupa, ke tahap mana pun (kita), parti yang naikkan kita, apa yang kita dapat dan dari mana jawatan itu diperoleh adalah untuk memperkukuhkan parti, itu amanah yang kita pegang.
"PMX (Anwar) tak ada gaji tapi tak mengapa, tapi Ahli Parlimen (Tambun) ada juga. Itu semua untuk negara kita, kita kena bangunkan parti," katanya.
Berita berkaitan
July 31, 2025, 9:24 pm
Pelantikan Pengerusi MPN Pulau Pinang isyarat KEADILAN mantapkan strategi hadapi PRU16
July 30, 2025, 1:39 pm
Pas nafi spekulasi pertukaran jawatan presiden, Abdul Hadi kekal jawatan tertinggi parti
July 30, 2025, 9:32 am
'DAP patut minta maaf, jangan salahkan rakyat tuntut janji' - MCA
July 29, 2025, 6:47 pm
BN–PH ‘dikunci’ hadapi PRN Sabah – Zahid
July 27, 2025, 1:20 pm
Himpunan 'Turun Anwar' gagal, pembangkang main gimik politik lapuk - AMK Klang
July 18, 2025, 10:40 am
Amanah dalam kepimpinan bukan medan mencari pengaruh – Abdul Hadi
July 14, 2025, 12:29 pm